Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa yang dapat menahan marah padahal dia berkuasa untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaanNya pada hari kiamat. ”
Sometimes, bila kita marah, kita tend to say words yang tak sepatutnya...
but.. nanti, mesti ada rasa guilty kan.. and rasa menyesal.. and it will turned out to say"kalaula tak cakap mcm tu..".. Bila kita cakap kasar and marah balik dgn orang, kita akan rasa puas hati for a short term period..but.. in long term, you will feel guilty for the rest of ur life..
You may ruin a relationship because of your words.. Ada satu kisah yang saya nak share.. and it does inspired me a lot...
Saya terbaca satu kisah dulu-dulu bahawa ada seorang lelaki miskin yang mencari nafkahnya hanya dengan mengumpulkan kayu api lalu menjualnya di pasar. Hasil yang didapatinya hanya cukup-cukup untuk makan sahaja bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun lelaki itu adalah seorang yang mempunyai sifat sabar yang tinggi.
Pada suatu hari, seperti biasa, lelaki itu masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Hari itu dia berjaya mengumpul kayu api dalam kuantiti yang agak banyak. Dia mengikat kayu api itu menjadi berkas dan memikulnya di atas bahu sambil berjalan menuju ke pasar. Setibanya di pasar, dilihatnya orang terlalu ramai berasak-asakan. Lelaki itu khuatir kayu api yang dipikulnya akan merbahayakan orang ramai, lalu dia pun berteriak memberi amaran,
"Ketepi..ketepi..penjual kayu api tumpang lalu!"Apabila orang ramai mendengar teriakan itu, mereka pun mengelak dan memberinya jalan agar mereka tidak terkena tusukan kayu api yang agak tajam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki bangsawan kaya raya lagi sombong di hadapan penjual kayu api tersebut. Lelaki bangsawan itu tidak mempedulikan teriakan amaran tersebut. Penjual kayu api itu terperanjat dengan kemunculan lelaki bangsawan itu dengan tiba-tiba sehingga dia tidak sempat mengelak. Akibatnya, hujung kayu api tersangkut pada baju lelaki bangsawan itu dan terkoyak. Lelaki bangsawan itu tersangat marah. Segala macam perkataan yang kesat-kesat keluar daripada mulutnya. Penjual kayu api tersebut hanya diam membisu seribu bahasa. Lelaki bangsawan tidak puas hati lalu menyeret penjual kayu api itu ke muka pengadilan.
Setiba mereka di hadapan hakim, lelaki bangsawan itu lalu menceritakan kejadian yang berlaku serta maksud kedatangannya untuk menuntut ganti rugi. Hakim itu lalu berkata,
"Mungkin ia tidak sengaja." Lelaki bangsawan itu membantah. Sementara lelaki miskin itu tetap mendiamkan dirinya tanpa sepatah kata. Setelah mengajukan beberapa kemungkinan yang semestinya dibantah oleh lelaki bangsawan itu, akhirnya hakim mengajukan pertanyaan kepada penjual kayu api tersebut. Namun, setiap kali hakim itu bertanya, dia hanya diam dan tidak menjawab.
Apabila setiap pertanyaannya tidak dijawab, hakim akhirnya berkata kepada lelaki bangsawan itu,
"Mungkin orang ini bisu, sehingga dia tidak mampu memberi amaran ketika di pasar tadi."Lelaki bangsawan itu naik geram dan marah mendengar kata-kata hakim tersebut.
"Tidak mungkin! Dia tidak bisu wahai hakim. Aku mendengarnya berteriak memberi amaran di pasar tadi. Tidak mungkin sekarang dia menjadi bisu! Aku tetap mahukan ganti rugi terhadap pakaianku yang koyak itu," kata lelaki bangsawan itu dengan nada yang keras.
Dengan tenang sambil tersenyum, hakim berkata,
"Kalau engkau mendengar teriakannya, mengapa engkau tidak mengelak dan memberinya laluan? Jika dia sudah memberi amaran, bermakna dia tidak bersalah sebaliknya engkau yang bersalah kerana tidak memperdulikan amaran itu."Mendengar keputusan hakim tersebut, lelaki bangsawan itu terdiam. Sekarang baru dia sedar bahawa dia sudah terperangkap dengan bicaranya sendiri umpama melempar boomerang ke udara, akhirnya boomerang itu kembali kepadanya juga. Lelaki bangsawan itu pun melangkah pergi. Dan, lelaki miskin itu pun beredar juga dari situ. Dia selamat dari tuduhan dan tuntutan dengan hanya berdiam diri.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Mutafaq 'alaih)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.