I am no longer writing here.. most of my recent activities were being updated at

http://ikintruegirlmulan.blogspot.com/
I was 19 when I pursuing my degree in uk.. to be honest, my mum was so scared that I become "cekeding", but, her assumptions was wrong, when I turned to be "chubby monster".. hehe

Usually, setiap waktu berbuka when I was teenagers, I always asked my parents to buy me karamel.. and, pernah suatu ketika, I was so upset, tgk karamel dah habis dijual...

But, in UK, manala ada orang jual karamel like in malaysia.. jelly karamel adalah..

To my surprise, kak wan pandai masak karamel... although, it is not her favourite..
ever since that, everytime ada potluck at rumpun bradford, one of my favourite dish, is karamel.. and, sayala yang membuatnya.. hehe...

dan, mungkin sb duduk kat Bumi Asing, you need to survive and kena berani mencuba kat dapur.. kalau tak sedap, xperla, cuba lagi... hehe



resepi karamel ala ikin: (for 1 loyang)
8 biji telur
gula
1 setengah tin susu cair (evaporated milk)
perisa vanila
pewarna kuning (setitis je, tak nak pun xper)

1. basuh telur dan pecahkan telur. pukul telur dgn 7 sudu besar gula. pukul sebati but jangan sampai ada banyak buih. (nanti karamel tak cantik, banyak bubble).

2. masukkan satu sentengah tin susu cair dan pukul secara perlahan. (mcm lebih kurang kacau)

3. masukkan satu sudu kecik vanilla dan setitis pewarna kuning. and kacau..

4. panaskan pengukus.

5. ambil 7 sudu besar gula dan nyalakan ats api dalam api kecik.

6.perhatikan sampai hangus, and tambahan sikit air. (about 100ml)..

7. gula tu akan jadi keras. but, jangan panik.. continue kacau sampai jadi cecair kembali.

8. tuangkan gula yang dah cair dalam loyang. ( i used 21cm loyang bulat).. ratakan gula tu dgn memegang side loyang.

9. tuangkan adunan tadi ( gula+susu cair+ vanilla+ pewarna kuning)

10. Kukus for 30 minutes..

11. dan siap....
Abu Umamah Al-Bahili r.a berkata Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa yang dapat menahan marah padahal dia berkuasa untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaanNya pada hari kiamat. ”


Sometimes, bila kita marah, kita tend to say words yang tak sepatutnya...

but.. nanti, mesti ada rasa guilty kan.. and rasa menyesal.. and it will turned out to say"kalaula tak cakap mcm tu..".. Bila kita cakap kasar and marah balik dgn orang, kita akan rasa puas hati for a short term period..but.. in long term, you will feel guilty for the rest of ur life..

You may ruin a relationship because of your words.. Ada satu kisah yang saya nak share.. and it does inspired me a lot...

Saya terbaca satu kisah dulu-dulu bahawa ada seorang lelaki miskin yang mencari nafkahnya hanya dengan mengumpulkan kayu api lalu menjualnya di pasar. Hasil yang didapatinya hanya cukup-cukup untuk makan sahaja bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun lelaki itu adalah seorang yang mempunyai sifat sabar yang tinggi.


Pada suatu hari, seperti biasa, lelaki itu masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Hari itu dia berjaya mengumpul kayu api dalam kuantiti yang agak banyak. Dia mengikat kayu api itu menjadi berkas dan memikulnya di atas bahu sambil berjalan menuju ke pasar. Setibanya di pasar, dilihatnya orang terlalu ramai berasak-asakan. Lelaki itu khuatir kayu api yang dipikulnya akan merbahayakan orang ramai, lalu dia pun berteriak memberi amaran, "Ketepi..ketepi..penjual kayu api tumpang lalu!"


Apabila orang ramai mendengar teriakan itu, mereka pun mengelak dan memberinya jalan agar mereka tidak terkena tusukan kayu api yang agak tajam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki bangsawan kaya raya lagi sombong di hadapan penjual kayu api tersebut. Lelaki bangsawan itu tidak mempedulikan teriakan amaran tersebut. Penjual kayu api itu terperanjat dengan kemunculan lelaki bangsawan itu dengan tiba-tiba sehingga dia tidak sempat mengelak. Akibatnya, hujung kayu api tersangkut pada baju lelaki bangsawan itu dan terkoyak. Lelaki bangsawan itu tersangat marah. Segala macam perkataan yang kesat-kesat keluar daripada mulutnya. Penjual kayu api tersebut hanya diam membisu seribu bahasa. Lelaki bangsawan tidak puas hati lalu menyeret penjual kayu api itu ke muka pengadilan.


Setiba mereka di hadapan hakim, lelaki bangsawan itu lalu menceritakan kejadian yang berlaku serta maksud kedatangannya untuk menuntut ganti rugi. Hakim itu lalu berkata, "Mungkin ia tidak sengaja." Lelaki bangsawan itu membantah. Sementara lelaki miskin itu tetap mendiamkan dirinya tanpa sepatah kata. Setelah mengajukan beberapa kemungkinan yang semestinya dibantah oleh lelaki bangsawan itu, akhirnya hakim mengajukan pertanyaan kepada penjual kayu api tersebut. Namun, setiap kali hakim itu bertanya, dia hanya diam dan tidak menjawab.


Apabila setiap pertanyaannya tidak dijawab, hakim akhirnya berkata kepada lelaki bangsawan itu, "Mungkin orang ini bisu, sehingga dia tidak mampu memberi amaran ketika di pasar tadi."

Lelaki bangsawan itu naik geram dan marah mendengar kata-kata hakim tersebut. "Tidak mungkin! Dia tidak bisu wahai hakim. Aku mendengarnya berteriak memberi amaran di pasar tadi. Tidak mungkin sekarang dia menjadi bisu! Aku tetap mahukan ganti rugi terhadap pakaianku yang koyak itu," kata lelaki bangsawan itu dengan nada yang keras.


Dengan tenang sambil tersenyum, hakim berkata, "Kalau engkau mendengar teriakannya, mengapa engkau tidak mengelak dan memberinya laluan? Jika dia sudah memberi amaran, bermakna dia tidak bersalah sebaliknya engkau yang bersalah kerana tidak memperdulikan amaran itu."


Mendengar keputusan hakim tersebut, lelaki bangsawan itu terdiam. Sekarang baru dia sedar bahawa dia sudah terperangkap dengan bicaranya sendiri umpama melempar boomerang ke udara, akhirnya boomerang itu kembali kepadanya juga. Lelaki bangsawan itu pun melangkah pergi. Dan, lelaki miskin itu pun beredar juga dari situ. Dia selamat dari tuduhan dan tuntutan dengan hanya berdiam diri.


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (Mutafaq 'alaih)


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.


credit from this blog
"Ikan di laut, asam di darat"

eikeen says:

Last 2 weeks, my boss asked me, "Do you listen to Motivasi Pagi every morning at IKIM fm? "..

I just smiled at her shyly..

Then she told me, "you should try to listen to Motivasi Pagi.. It may inspire your start of the day.. "

and.. after listen to IKIM fm.. I must agreed with my boss.. it can motivates me a lot.. it does change my perception and the way I view things..

I remember my boss told me " Jadilah seperti ikan di laut.. ".. and I looked at her with a confuse face..

My boss explained to me.. Cuba perhatikan ikan kat laut.. Ikan di laut hidup di laut yang masin.. Tapi, ia tetap mengekalkan rasa isinya.. tak de rasa masin pun...

Meaning, kekalkanlah pegangan di mana kita berada, negatif mcm mana pun suasana pada waktu itu.. kekalkanla akhlak yan baik...

and, my boss lend me a book titled " Nota Fikir untuk Zikir".. I really appreciate her soft approach utk advice me..

Alhamdulilah saya dikurniakan seorang boss yang baik...

Write from the soul, not from some notion what you think the marketplace wants. The market is fickle; the soul is eternal.

Jeffrey A. Carver

eikeen says:

I used to have a blog.. But, Ive stopped writing for a while.. Why? Because some people just so mean!! Because someone abused the contents that I posted.. But, hey.. I decided to do a new blog.. But.. this time, I will minimize writing about my personal life..

It will be more towards about what i look, i see, i hear and i feel about something that I really touched my heart...